Tuesday 5 April 2011

Sejarah ringkas tomato dan tomato ceri



Tomato berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa penjelajah membawa benih pokok tomato ke Sepanyol dan ia terus popular di negara Eropah. Mulanya tomato ditanam sebagai tanaman hiasan di Itali kerana dikhuatiri beracun. Disebabkan alasan itu tomato tidak popular di US sehingga tahun 1820. Mahkamah di AS pernah mengisytiharkan tomato sebagai sejenis sayur-sayuran pada sekitar 1820-an, tetapi sebenarnya tomato adalah sejenis buah-buahan.


Dua orang saintis Israel, Prof. Haim Rabinowitch, bekas rector di Hebrew University of Jerusalem, dan Prof. Nachum Kedar telah memperkenalkan tomato ceri pada tahun 1973. Kedua-dua saintis ini telah cuba mencari penyelesaian kepada masalah tomato biasa yang sangat cepat matang disebabkan oleh cuaca panas. Melalui kajian yang telah dijalankan, kedua-dua mereka telah berjaya mengekploitasi gabungan genetik-genetik yang boleh melambatkan kematangan tomato sehingga terhasilnya tomato ceri.

No comments:

Post a Comment