Monday, 4 April 2011

Mount Kinabalu May 2009



Tahun 2009 adalah tahun yg paling bersejarah sebab berpeluang mendaki Gunung Kinabalu.. Menawan puncak pada cubaan yg pertama amatlah bermakna, terutamanya untuk pendaki amatur seperti saya. Maklumlah.. tak biasa panjat gunung. At least, salah satu impian sudahpun tercapai. 
Tracknye tak la susah sangat tapi kesejukannya yg mencabar. For some hikers, they've experienced 'mountain sickness'. Simptom2 muontain sickness ni tersangat la sama dengan morning sickness iaitu pening2 dan muntah2, cuma penyebabnya berlainan. Mountain sickness terjadi kerana badan tak dapat beradaptasi dengan persekitaran yang bertekanan udara rendah. Macam tak bahaya, tapi bila muntah2 berterusan, suhu badan boleh turun dengan mendadak dan boleh menyebabkan hypothermia. Adalah penting untuk mengekalkan suhu badan terutamanya di kawasan pergunungan seperti Kinabalu. Sebaik2nya pakai pakaian yang nipis tetapi berlapis2 berbanding pakaian yg tebal. Pakaian berlapis memerangkap haba dengan lebih berkesan. Lagipun kalau basah, tak la berat sangat.
Kalau ada peluang semestinya saya akan kembali menawan puncak Kinabalu ni...

Ini antara gambar2 yg sempat dirakamkan dengan camera murah saya..

 Not sure the name of this peak


 Donkey's ear

 

 Sunrise


Low's Peak (puncak tertinggi) semasa matahari terbit. Masa ni saya masih beberapa ratus meter di bawah.



No comments:

Post a Comment