Sunday, 10 April 2011

MAHA 2010



Saya telah terlibat dengan MAHA 2010 yang lalu sebagai seorang usahawan.. Biasanya saya datang MAHA sebagai seorang pengunjung sahaja. Yang lebih bermakna lagi apabila saya telah dijemput untuk memeriahkan lagi booth Alumni UPM di Dewan A. Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan kepada Alumni UPM yang telah sudi menjemput saya. Sememangnya menjadi usahawan di sepanjang MAHA berlangsung adalah sangat menyeronokkan tetapi memenatkan. Saya masih ingat pada hari Ahad yang pertama yang telah jatuh sakit sebab terlalu penat. Nasib baik la ada kawan-kawan yang dapat cover, kesian diorang..

Memandangkan saya dapat jemputan lebih kurang 2 minggu sebelum MAHA berlangsung, tak banyak produk yang saya dapat bawa. Namun begitu sambutan amatlah menggalakkan.. Kawan-kawan yang turut sama berniaga juga menyatakan demikian.. Maklumla.. ramai sangat pengungjung datang, bisnes pun masyuk la..


 Benih-benih sayuran.

 Baja POME (Palm Oil Mill Effluent). Tak ramai yang tahu baja ni sangat bagus.

Anak pokok cili padi

Tak semua tempat saya sempat pegi. Dewan B pun saya ambil masa 2 hari untuk lawat kesemua booth.. itupun curi-curi masa rehat.. Rasa sedikit terkilan la sebab tak dapat pergi lawat semua tempat.

Saya juga berpeluang menyaksikan persembahan live dari Faizal Tahir ( my fav. singer). Tak pasti hari yang keberapa. Sayangnya saya tak bawa camera masa tu sebab tengah rehat pegi makan.. Apapun Faizal Tahir tetap rock!!

Persembahan Faizal Tahir

Ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang MAHA 2010.


 Rockmelon variety Snow White. Kecil betul saiznya..

 Rockmelon variety Glamour

 Tembikai petak dan rockmelon variety Golden Langkawi

 Encik nanas yang tiba-tiba lalu kat depan booth

 Tomato dengan sistem fertigasi

Orkid yang tak sempat dibeli



 Kereta-kereta mewah idaman kalbu

Secara keseluruhannya saya berasa amat gembira di sepanjang MAHA berlangsung.. Kalau ada rezeki lagi InsaAllah saya akan join MAHA yang akan datang ni..

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Saya ada berita terbaru dan terbaik...satu lagi event akan diadakan...lebih besar dan menarik dari MAHA...
    MITE 2011 (Malaysian International Tourism Exhibition)
    Hasil dari bahagian Menteri Perlancongan dalam & Luar Negeri.
    25th - 27th November di MAEPS Serdang.
    Kepada sesiapa yang berminat, nanti kan update dari saya.
    mohd.faisal@myevents.com.my

    ReplyDelete