Terdapat pelbagai jenis tomato (lebih kurang 7500 jenis) yang terdapat di seluruh dunia. Heirloom tomato atau tomato tradisional merupakan jenis tomato yang bukan hybrid. Di UK jenis ini lebih dikenali sebagai heritage tomato. Tomato jenis ini lebih popular kerana terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Contohnya, variety Brandywine, Green grape, dan Cherokee purple.
Brandywine tomato
Green grape tomatoes
Cherokee purple tomatoes
Sekarang, tomato jenis hybrid juga mudah didapati dan popular. Tomato hybrid biasanya lebih tahan lasak dan rasa yang lebih sedap. Kerana faktor inilah tomato hybrid lebih sesuai dikomersilkan. Tomato hybrid terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
- Globe tomato
- Beefsteak tomato
- Oxheart tomato
- Plum tomato
- Pear tomato
- Cherry tomato
- Grape tomato
- Campari tomato
Globe tomatoes Globe tomato merupakan tomato yang paling biasa didapati di pasaran. Sesuai untuk dimakan secara mentah.
Beefsteak tomato
Beefsteak tomato adalah jenis tomato yang besar, berbentuk seperti ginjal, dan mempunyai kulit yang nipis. Biasanya dimakan bersama sandwich. Oleh kerana kulitnya yang nipis, tomato ini kurang sesuai dikomersialkan kerana cepat rosak.
Oxheart tomato
Oxheart tomato terdapat dalam bentuk seperti buah strawberi dan ada juga yang berbentuk ginjal seperti beefsteak tomato.
Plum tomato
Plum tomato biasanya berbentuk oblong, dan sangat sesuai untuk dijadikan sos atau paste kerana mempunyai kepadatan isi yang tinggi.
Pear tomatoes
Pear tomato berbentuk buah pear yang nyata dan biasanya bersaiz kecil. Juga sesuai untuk dijadikan paste.
Cherry tomatoes
Cherry tomato bersaiz kecil dan bulat. Rasanya lebih manis dan sangat sesuai untuk dijadikan salad. Di Malaysia, cherry tomato yang bulat kurang dikenali.
Grape tomatoes
Grape tomato merupakan jenis terbaru yang diperkenalkan. Mempunyai bentuk seperti plum tomato dan rasa manis seperti cherry tomato. Di Malaysia, jenis ini lebih dikenali sebagai tomato ceri kerana telah ditanam secara besar-besaran. Variety ini diperkenalkan di pasaran dunia pada 1990-an dan menjadi popular kerana saiznya yang kecil dan manis. Dipercayai berasal dari Asia, variety ini diperkenalkan oleh Andrew Chu yang memperolehi benih dari syarikat Taiwan, Know-You Seed Company.
Campari tomatoes
Campari tomato mempunyai saiz lebih kecil dari plum tomato tetapi lebih besar dari cherry tomato. Mempunyai rasa yang manis, texture yang lembut dan kandungan asid yang rendah.
Setakat ini saya sudah menanam grape tomato (atau tomato ceri di Malaysia) dan juda campari tomato. Akan datang saya akan menanam cherry tomato dan juga plum tomato. Mungkin juga tomato yang mempunyai pelbagai warna yang menarik, itupun kalau mendapat pasaran di Malaysia.