Sunday, 3 May 2015

Why Not?

Selalu juga orang bertanya kepada saya, 'Kenapa sambung belajar?'.. Kata saya pula, 'Kenapa tidak?'..

Sebenarnya, saya bukanlah seorang pelajar yang bijak dan cemerlang.. Cuma sekadar suka belajar. Pada saya, belajar ni tiada penghujungnya. Kita boleh belajar di mana-mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun. Asalkan ingin belajar, ilmu itu akan datang dalam pelbagai cara. Ada juga suara-suara yang bertanya, tak penat ke sambung belajar? Lepas belajar ni, nak jadi lecturer ke? Orang yang tak belajar tinggipun boleh kaya, buat apa nak sambung belajar? Macam-macam lagi soalan yang diajukan. Kebanyakan masa saya akan balas, ‘Dah rezeki, apa salahnya.’ Walaupun sebenarnya dalam hati hujahnya lebih panjang.

Pendapat saya, belajar ini satu pilihan. Jika suka, teruskan saja gali ilmu di mana-mana saja yang kita suka dan dengan apa cara yang kita selesa. Pada saya, skop kena sambung belajar ni amatlah besar. Saya melihat bukan sekadar nak sambung belajar sebab nak dapat kerja yang bagus. Tak salah kalau kita ingin jadi sebahagian daripada masyarakat berilmu walaupun kita mungkin tak dapat menyumbang semula pada masyarakat. Mungkin kerana di Malaysia yang aman dan makmur ini keperluan ilmu itu kelihatan tidak begitu ketara.

Menurut sahabat-sahabat saya yang datang dari negara yang tidak begitu aman dan stabil, mereka terpaksa bersusah-payah untuk ke kolej kerana sering berlaku kekacauan. Bekalan elektrik selalu terputus dan kolej terpaksa ditutup berhari-hari. Beliau juga terpaksa bertarung nyawa berjalan jauh untuk ke kolej. Atas faktor tidak aman ini, ada di kalangan sahabat saya yang memilih untuk menetap di negara lain tetapi ada juga yang berhasrat untuk membangunkan negara sendiri dengan ilmu yang dimiliki.


Saya mungkin tidak mampu menghadapi dugaan seperti mereka dan kerana itu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat belajar dengan aman dan jauh lebih selesa. Mungkin saya juga tak mampu memberi sumbangan yang besar pada masyarakat, tetapi pada saya, jika dengan ilmu saya dapat memperbaiki diri sendiri, itu sudah cukup baik. 

Apapun, semua itu adalah pilihan masing-masing..

No comments:

Post a Comment