Sunday, 3 May 2015

Kelas Pertama: Soil Testing & Plant Analysis - Assignment Presentation


Perbentangan tugasan adalah wajib dalam subjek Soil Testing & Plant Analysis. Boleh dikatakan perbentangan atau presentation ni memang tidak disukai oleh pelajar untuk apa-apa jua sebab tetapi sebagai pelajar post-grad, presentation memang tak boleh elak. Saya juga tak berapa gemar buat presentation tapi tidak bermakna saya tidak akan buat. Melalui presentation, para pelajar dilatih untuk bercakap in public yang merupakan antara ciri penting dan persediaan untuk menjadi seorang saintis yang berkaliber. Masalah saya cuma satu, bercakap. Saya sebenarnya ada masalah dengan komunikasi secara formal, walaupun dalam bahasa Malaysia. Senang cerita, selalu sangat guna bahasa rojak, itulah akibatnya. Bila kena cakap formal, memang berterabur. Untuk atasi masalah ini, saya biasanya akan sediakan skrip walaupun dan berlatih, just in case terlupa apa nak cakap. 

Untuk subjek ini, kami dikehendaki membuat perbandingan 2 kaedah analisis atau method, menerangkan secara detail, menyatakan kebaikan & keburukan serta memberi cadangan peribadi supaya analisis tersebut boleh ditambah baik pada masa akan datang. Semasa presentation ini juga para pelajar amat digalakkan untuk bertanya dan bertukar-tukar pendapat. Jadi, semua orang dapat manfaat. 

Present paper ini bukanlah sesuatu yang baru pada saya, cuma masih belum berjaya mengatasi masalah bahasa formal secara total. Di sinilah pentingnya kawan-kawan. Bila kita berlatih dengan kawan-kawan, sedikit sebanyak mutu presentation kita akan lebih baik. Dan melalui presentation juga kita akan dapat lebih banyak ilmu daripada orang lain. Sebabnya, walaupun belajar subjek yang sama, pendedahan dan ilmu yang ada daripada pelajar lain tentulah tidak sama. 

Presentation adalah salah satu cara kita nak menyampaikan dan berkongsi maklumat atau ilmu pada orang lain. Dengan cara ini, hasil kajian atau maklumat yang complicated dan sukar difahami dapat dikongsi dengan lebih cepat dan ringkas (bahasa rojak lagi.. hmm.)


Saya sedang present dengan muka yang penuh cuak hihi..





No comments:

Post a Comment