Untuk subjek ini, kami ada site visit di sekitar ladang UPM. Sebenarnya pada sebelah pagi hari tersebut (Isnin) saya masih berada di Pahang kerana hari sebelumnya saya menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat baik saya di Temerloh. Jadi saya dan suami bertolak dari Pahang sekitar pukul 9.30 pagi dan tiba di UPM dalam 1.30 petang. Jadi sempatlah saya menghadiri site visit ini.
Mula-mula kami dibawa ke ladang betul-betul terletak bersebelahan dengan Fakulti Pertanian di Kompleks Agrobio. Ladang itu adalah tapak penyelidikan untuk para pelajar. Ketika itu tanaman yang ada adalah jagung, pisang, keledek, dan nanas. Tujuan site visit ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kami kaedah penentuan dan pengecaman sample tumbuhan yang sesuai untuk dipilih. Kelas kami dibantu oleh Prof. Madya Dr. Husni yang memang pakar dalam pemilihan sample ini.
Kemudian kami dibawa ke ladang sawit yang terletak berdekatan dengan Pusat Golf UPM. Ladang itu dipilih kerana usia pokok sawit di situ lebih muda dan pelepah masih boleh dicapai. Kedudukannya agak jauh dari fakulti, jadi kami berkongsi kereta untuk ke sana.
Baynyak yang saya pelajari dari site visit ini. Ternyata kelas teori saja tidak mencukupi. Bila berada di ladang, banyak pula soalan yang berbangkit yang mungkin tidak terfikir semasa kelas teori. Walaupun diakhir sesi hujan telah mula turun, para pelajar masih excited bersoal jawab sehingga terpaksa disambung sesi Q & A di cafe Pusat Golf UPM. Makan free la jawabnya yeay!
Cabaran pertama: langkah longkang
Ramai-ramai berkawad ke ladang jagung
Prof. Dr. Che Fauziah sedang memberi penerangan tentang pemilihan sample pada pokok jagung
Dr. Husni (paling kanan) sedang memberi penerangan
Tengah cari sample daun keledek yang paling sesuai
Dr. Ruslan sedang memerikan penerangan
Sabar menahan panas
Dr. Husni sabar menunggu student berkumpul
Pose sekejap hihi
Dr. Husni buat demo cara memilih daun nanas sebagai sample
Khusyuk dengar penerangan dari Dr. Husni
Nanas akan keluarkan buah dahulu kemudian barulah berbunga. Bunga nanas berwarna ungu dan kecil
Ladang sawit yang berpokok muda
Untuk pelajar luar negara, inilah kali pertama mereka tengok pokok sawit pada jarak yang dekat. Jadi mereka lebih excited betanya soalan
Demo kaedah pemilihan frond atau pelepah yang sesuai
Fokus betul walaupun hari dah mula hujan renyai-renyai
Hi Haley ,
ReplyDeleteAre you running a farm? Sy bekas student jugak. interested in agriculture. I need some advise. how can I contact you? thanks