Rupa-rupanya dah lebih 2 tahun
blog ni dah tak update. Dalam masa 2 tahun ini, banyak perkara yang berlaku.. Graduasi, bisnes, dan yang terbaru, sambung belajar ke peringkat
Doktor Falsafah a.k.a PhD. Tidak pernah merancang untuk sambung belajar sebaik
sahaja bergraduat, tetapi inilah yang dikatakan rezeki. Sesungguhnya
perancangan Allah adalah yang terbaik.
Saya melanjutkan pelajaran dalam
bidang Kesuburan Soil Fertility & Plant Nutrition, lanjutan daripada bidang
saya di peringkat Master, Land Resource Management di Jabatan Pengurusan Tanah,
Fakulti Pertanian UPM. Kini saya telahpun berada di Semester ke-3 pengajian
dengan pembiayaan penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi melalui program
MyPhD. Yuran ditaja sepenuhnya dan elaun sara diri lebih tinggi berbanding UPM.
Sebab sambung belajar? Teringin nak jadi sebahagian daripada 60,000 orang
pemegang PhD di Malaysia yang disasarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan menjelang tahun 2023.
Alhamdulillah, saya mendapat sokongan penuh daripada Encik Suami.. yeay! :)
Saya akan ceritakan serba-sedikit
kehidupan sebagai seorang pelajar di semasa ke semasa, InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment