Thursday, 7 May 2015

Kelas Pertama: Soil Testing & Plant Analysis - Site Visit

Untuk subjek ini, kami ada site visit di sekitar ladang UPM. Sebenarnya pada sebelah pagi hari tersebut (Isnin) saya masih berada di Pahang kerana hari sebelumnya saya menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat baik saya di Temerloh. Jadi saya dan suami bertolak dari Pahang sekitar pukul 9.30 pagi dan tiba di UPM dalam 1.30 petang. Jadi sempatlah saya menghadiri site visit ini. 

Mula-mula kami dibawa ke ladang betul-betul terletak bersebelahan dengan Fakulti Pertanian di Kompleks Agrobio. Ladang itu adalah tapak penyelidikan untuk para pelajar. Ketika itu tanaman yang ada adalah jagung, pisang, keledek, dan nanas. Tujuan site visit ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kami kaedah penentuan dan pengecaman sample tumbuhan yang sesuai untuk dipilih. Kelas kami dibantu oleh Prof. Madya Dr. Husni yang memang pakar dalam pemilihan sample ini.

Kemudian kami dibawa ke ladang sawit yang terletak berdekatan dengan Pusat Golf UPM. Ladang itu dipilih kerana usia pokok sawit di situ lebih muda dan pelepah masih boleh dicapai. Kedudukannya agak jauh dari fakulti, jadi kami berkongsi kereta untuk ke sana.

Baynyak yang saya pelajari dari site visit ini. Ternyata kelas teori saja tidak mencukupi. Bila berada di ladang, banyak pula soalan yang berbangkit yang mungkin tidak terfikir semasa kelas teori. Walaupun diakhir sesi hujan telah mula turun, para pelajar masih excited bersoal jawab sehingga terpaksa disambung sesi Q & A di cafe Pusat Golf UPM. Makan free la jawabnya yeay!



Cabaran pertama: langkah longkang

Ramai-ramai berkawad ke ladang jagung

Prof. Dr. Che Fauziah sedang memberi penerangan tentang pemilihan sample pada pokok jagung

Dr. Husni (paling kanan) sedang memberi penerangan

Tengah cari sample daun keledek yang paling sesuai

Dr. Ruslan sedang memerikan penerangan

Sabar menahan panas

Dr. Husni sabar menunggu student berkumpul

Pose sekejap hihi

Dr. Husni buat demo cara memilih daun nanas sebagai sample

Khusyuk dengar penerangan dari Dr. Husni

Nanas akan keluarkan buah dahulu kemudian barulah berbunga. Bunga nanas berwarna ungu dan kecil


Ladang sawit yang berpokok muda

Untuk pelajar luar negara, inilah kali pertama mereka tengok pokok sawit pada jarak yang dekat. Jadi mereka lebih excited betanya soalan

Demo kaedah pemilihan frond atau pelepah yang sesuai

Fokus betul walaupun hari dah mula hujan renyai-renyai


Sunday, 3 May 2015

Kelas Pertama: Soil Testing & Plant Analysis - Assignment Presentation


Perbentangan tugasan adalah wajib dalam subjek Soil Testing & Plant Analysis. Boleh dikatakan perbentangan atau presentation ni memang tidak disukai oleh pelajar untuk apa-apa jua sebab tetapi sebagai pelajar post-grad, presentation memang tak boleh elak. Saya juga tak berapa gemar buat presentation tapi tidak bermakna saya tidak akan buat. Melalui presentation, para pelajar dilatih untuk bercakap in public yang merupakan antara ciri penting dan persediaan untuk menjadi seorang saintis yang berkaliber. Masalah saya cuma satu, bercakap. Saya sebenarnya ada masalah dengan komunikasi secara formal, walaupun dalam bahasa Malaysia. Senang cerita, selalu sangat guna bahasa rojak, itulah akibatnya. Bila kena cakap formal, memang berterabur. Untuk atasi masalah ini, saya biasanya akan sediakan skrip walaupun dan berlatih, just in case terlupa apa nak cakap. 

Untuk subjek ini, kami dikehendaki membuat perbandingan 2 kaedah analisis atau method, menerangkan secara detail, menyatakan kebaikan & keburukan serta memberi cadangan peribadi supaya analisis tersebut boleh ditambah baik pada masa akan datang. Semasa presentation ini juga para pelajar amat digalakkan untuk bertanya dan bertukar-tukar pendapat. Jadi, semua orang dapat manfaat. 

Present paper ini bukanlah sesuatu yang baru pada saya, cuma masih belum berjaya mengatasi masalah bahasa formal secara total. Di sinilah pentingnya kawan-kawan. Bila kita berlatih dengan kawan-kawan, sedikit sebanyak mutu presentation kita akan lebih baik. Dan melalui presentation juga kita akan dapat lebih banyak ilmu daripada orang lain. Sebabnya, walaupun belajar subjek yang sama, pendedahan dan ilmu yang ada daripada pelajar lain tentulah tidak sama. 

Presentation adalah salah satu cara kita nak menyampaikan dan berkongsi maklumat atau ilmu pada orang lain. Dengan cara ini, hasil kajian atau maklumat yang complicated dan sukar difahami dapat dikongsi dengan lebih cepat dan ringkas (bahasa rojak lagi.. hmm.)


Saya sedang present dengan muka yang penuh cuak hihi..





Kelas Pertama: Soil Testing & Plant Analysis - Lecture & Lab

Kelas untuk post-grad student adalah berbeza dengan under-grad. Dulu ketika Master, saya masih terbawa-bawa dengan perangai under-grad, dan kebetulan waktu itu, subjek yang saya ambilpun tak jauh bezanya dengan subjek untuk under-grad student. Tapi kali ini, subjek-subjeknya amatlah berat untuk pelajar so-so macam saya ni.

Contohnya, Soil Testing & Plant Analysis. Tenaga pengajar: Prof. Dr. Che. Fauziah Ishak & Dr. Ruslan Ismail. Kalau nak diikutkan, subjek antara yang paling basic untuk pelajar post-grad dari Jabatan Pengurusan Tanah. Tetapi, bila dah namanya basic, itulah yang paling susah. Kalau dulu, akak lab assistant yang akan sediakan chemical untuk sebarang analysis, kali ini, semua student kena tahu asas bermula dari kiraan sampailah ke penyediaan chemical tersebut. Tiba-tiba terasa nak belajar kimia sekolah menengah semula.. tapi bila dah tahu basic, yang lain tu kacang je.. (tapi saya masih tak rasa kacang pun L). Apapun, pengalaman saya menjalankan analysis sendiri masa Master dulu banyak membantu. Ditambah pula dengan class-mates yang tak lokek ilmu dan saling bantu-membantu (skemanya ayat), memang terbaiklah.

Subjek ini membantu supaya lebih faham konsep dan kenapa sesuatu analysis tu digunakan dengan lebih terperinci. Setiap kali kelas, ada saja fakta yang menarik. Semua jenis soalan kenapa itu kenapa ini akan terjawab dalam kelas ni. Selalu juga saya berasa kagum dengan ilmuwan dulu-dulu,  walaupun dengan teknologi yang terhad, penemuan mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Tiba-tiba terasa diri kecil sangat..


Kesimpulannya, subjek ni memang terbaik. 


Prof. Dr. Che Fauziah yang bersungguh-sungguh

Dr. Ruslan (paling kiri) melayan soalan daripada student

Khusyuk buat titration

Tunggu turn untuk buat distillation

Tunggu kawan-kawan siap buat analysis

Fatinah sebagai assistant yang sabar menunggu sample dari student


Why Not?

Selalu juga orang bertanya kepada saya, 'Kenapa sambung belajar?'.. Kata saya pula, 'Kenapa tidak?'..

Sebenarnya, saya bukanlah seorang pelajar yang bijak dan cemerlang.. Cuma sekadar suka belajar. Pada saya, belajar ni tiada penghujungnya. Kita boleh belajar di mana-mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun. Asalkan ingin belajar, ilmu itu akan datang dalam pelbagai cara. Ada juga suara-suara yang bertanya, tak penat ke sambung belajar? Lepas belajar ni, nak jadi lecturer ke? Orang yang tak belajar tinggipun boleh kaya, buat apa nak sambung belajar? Macam-macam lagi soalan yang diajukan. Kebanyakan masa saya akan balas, ‘Dah rezeki, apa salahnya.’ Walaupun sebenarnya dalam hati hujahnya lebih panjang.

Pendapat saya, belajar ini satu pilihan. Jika suka, teruskan saja gali ilmu di mana-mana saja yang kita suka dan dengan apa cara yang kita selesa. Pada saya, skop kena sambung belajar ni amatlah besar. Saya melihat bukan sekadar nak sambung belajar sebab nak dapat kerja yang bagus. Tak salah kalau kita ingin jadi sebahagian daripada masyarakat berilmu walaupun kita mungkin tak dapat menyumbang semula pada masyarakat. Mungkin kerana di Malaysia yang aman dan makmur ini keperluan ilmu itu kelihatan tidak begitu ketara.

Menurut sahabat-sahabat saya yang datang dari negara yang tidak begitu aman dan stabil, mereka terpaksa bersusah-payah untuk ke kolej kerana sering berlaku kekacauan. Bekalan elektrik selalu terputus dan kolej terpaksa ditutup berhari-hari. Beliau juga terpaksa bertarung nyawa berjalan jauh untuk ke kolej. Atas faktor tidak aman ini, ada di kalangan sahabat saya yang memilih untuk menetap di negara lain tetapi ada juga yang berhasrat untuk membangunkan negara sendiri dengan ilmu yang dimiliki.


Saya mungkin tidak mampu menghadapi dugaan seperti mereka dan kerana itu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat belajar dengan aman dan jauh lebih selesa. Mungkin saya juga tak mampu memberi sumbangan yang besar pada masyarakat, tetapi pada saya, jika dengan ilmu saya dapat memperbaiki diri sendiri, itu sudah cukup baik. 

Apapun, semua itu adalah pilihan masing-masing..

Cepatnya Masa Berlalu..

Rupa-rupanya dah lebih 2 tahun blog ni dah tak update. Dalam masa 2 tahun ini, banyak perkara yang berlaku.. Graduasi, bisnes, dan yang terbaru, sambung belajar ke peringkat Doktor Falsafah a.k.a PhD. Tidak pernah merancang untuk sambung belajar sebaik sahaja bergraduat, tetapi inilah yang dikatakan rezeki. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesuburan Soil Fertility & Plant Nutrition, lanjutan daripada bidang saya di peringkat Master, Land Resource Management di Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian UPM. Kini saya telahpun berada di Semester ke-3 pengajian dengan pembiayaan penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi melalui program MyPhD. Yuran ditaja sepenuhnya dan elaun sara diri lebih tinggi berbanding UPM. Sebab sambung belajar? Teringin nak jadi sebahagian daripada 60,000 orang pemegang PhD di Malaysia yang disasarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan menjelang tahun 2023. Alhamdulillah, saya mendapat sokongan penuh daripada Encik Suami.. yeay! :)


Saya akan ceritakan serba-sedikit kehidupan sebagai seorang pelajar di semasa ke semasa, InsyaAllah..



Thesis yang telah berjaya dibukukan :)


Convocation Day - 28 October 2013




Kawan-kawan yang konvo sekali






Tuesday, 25 December 2012

Horse Riding Class


Horse ride adalah salah satu perkara yang saya ingin buat. So, bila saya jadi student diploma di UPM, Serdang pada tahun 2000 saya dah bercita-cita nak join kelas menunggang kuda. Tapi lepas 12 tahun kemudian baru saya dapat join, setelah saya bergelar student master. Nak buat macam mana, first thing first.

Saya daftar kelas horse ride di UPM dengan pakej pelajar pada bulan Mei lalu. Harganya jauh lebih murah berbanding di luar.

Latihan Asas Menunggang Kuda merangkumi:


  • General horsemanship
  • Saddle Up
  • Basic riding (sitting trot, rising trot, & canter)

Untuk latihan asas ini UPM menawarkan sebanyak 10 sesi, kebiasaannya 1 sesi seminggu. Pada awalnya saya minta nak buat beberapa sesi seminggu sebab nak cepat habis tapi staf UPM yang bertugas mencadangkan saya cuba dulu untuk sesi pertama dan baru buat keputusan.

Dulu ingatkan naik kuda tak penat sebab kuda yang berlari. Rupa-rupanya penat gila, untuk orang yang malas bersenam macam saya ni memang pancit la. Kali terakhir saya ada bersenam sikit masa nak daki Gunung Kinabalu lebih kurang 3 tahun lepas. Selepas sesi pertama, 3 hari saya tak dapat berjalan dengan betul sebab sakit-sakit badan. Penatnya hanya Allah saja yang tahu. Tapi selepas sesi kedua, saya dah ok. Sesi seterusnya saya buat 2 kali seminggu.

Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang asas menunggang kuda pada masa-masa yang akan datang..



with Bull Eye

with my favourite horse Paint

saya baru tau snack untuk kuda adalah carrot

heading tu paddock


Viva Voce - Master of Science

Alhamdulillah.. 

Pada 4hb Disember 2012 yang lalu saya telah lulus final exam saya (viva). Saya perlu menyiapkan pembetulan dalam masa dua bulan.Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..


akhirnya nama tercatat di sini

semangat nak viva

berlatih sebelum examiner datang

tengah cuak

skrip untuk presentation