Tuesday 25 December 2012

Horse Riding Class


Horse ride adalah salah satu perkara yang saya ingin buat. So, bila saya jadi student diploma di UPM, Serdang pada tahun 2000 saya dah bercita-cita nak join kelas menunggang kuda. Tapi lepas 12 tahun kemudian baru saya dapat join, setelah saya bergelar student master. Nak buat macam mana, first thing first.

Saya daftar kelas horse ride di UPM dengan pakej pelajar pada bulan Mei lalu. Harganya jauh lebih murah berbanding di luar.

Latihan Asas Menunggang Kuda merangkumi:


  • General horsemanship
  • Saddle Up
  • Basic riding (sitting trot, rising trot, & canter)

Untuk latihan asas ini UPM menawarkan sebanyak 10 sesi, kebiasaannya 1 sesi seminggu. Pada awalnya saya minta nak buat beberapa sesi seminggu sebab nak cepat habis tapi staf UPM yang bertugas mencadangkan saya cuba dulu untuk sesi pertama dan baru buat keputusan.

Dulu ingatkan naik kuda tak penat sebab kuda yang berlari. Rupa-rupanya penat gila, untuk orang yang malas bersenam macam saya ni memang pancit la. Kali terakhir saya ada bersenam sikit masa nak daki Gunung Kinabalu lebih kurang 3 tahun lepas. Selepas sesi pertama, 3 hari saya tak dapat berjalan dengan betul sebab sakit-sakit badan. Penatnya hanya Allah saja yang tahu. Tapi selepas sesi kedua, saya dah ok. Sesi seterusnya saya buat 2 kali seminggu.

Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang asas menunggang kuda pada masa-masa yang akan datang..



with Bull Eye

with my favourite horse Paint

saya baru tau snack untuk kuda adalah carrot

heading tu paddock


5 comments:

  1. Hi awk! Sy interested nk ride kat upm. Nk contact sapa yer? Tq

    ReplyDelete
  2. as salaam...boleh ke org luar join kelas menunggang di upm ni....kalau boleh nak contact sape...tk

    ReplyDelete
  3. kalau nak join sila contact Puan Za 019-9214206 atau datang sendiri ke pejabat Unit Ekuin di UPM. Orang luar pon boleh join kelas. Rate kelas 2012: Student upm RM200, alumni upm rm400, dan org luar rm600. Kalau nak lebih pasti tentang rate boleh la contact dengan puan Za.

    ReplyDelete
  4. Hi, saya cuba contact Pn Za, tapi tak dapat. Ada org lain yg boleh saya hubungi bg kelas kuda? Thanks

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya nick name erna@tg faridah dari lumut perak, cadangan kami akan mengadakan festival kuda n acara kuda berhias, bakat kuda, uniform berkuda, acara kuda padi dan kuda baka cantik mahal juga ada sukan polo, maka untuk keterangan lanjut hubunggi saya di talian 0106020111 whatapp only @ call 0186604800
    Segala maklum bals dari anda adalah sokongan bg menguatkan lagi proposal kami dan mendapat dana Bulan Mac 2017 - 29-30hb April 2017 tarikh event,

    ReplyDelete