Wednesday 6 April 2011

Alahan pada tomato




Tidak ramai yang tahu tentang alahan pada tomato ni kerana amat jarang berlaku. Alahan ini berlaku disebabkan tindak balas histamine terhadap unsur protein yang terdapat pada biji, kulit, dan jus tomato. Alahan ini juga berkait rapat dengan alahan pada cili, terung, dan juga kentang. Pada sesetengah individu, gejala2 yang didapati tidaklah begitu teruk, mungkin sedikit gatal-gatal pada kulit atau pada bibir, tetapi ada kes yang lebih serius dilaporkan di mana individu yang terdedah mengalami cirit-birit, muntah-muntah, ruam, dan kesukaran untuk bernafas. Adalah sangat penting untuk mengenal pasti simptom-simptom yang didapati setelah terdedah pada pokok tomato ataupun setelah memakan tomato. Namun begitu, sesetengah pesakit boleh makan tomato yang telah dimasak atau diproses dan hanya menunjukkan alahan pada tomato mentah. Apa-apapun, sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan gejala yang lebih serius berlaku.


Remember, prevention is better than cure..

No comments:

Post a Comment