Tuesday, 25 December 2012

Horse Riding Class


Horse ride adalah salah satu perkara yang saya ingin buat. So, bila saya jadi student diploma di UPM, Serdang pada tahun 2000 saya dah bercita-cita nak join kelas menunggang kuda. Tapi lepas 12 tahun kemudian baru saya dapat join, setelah saya bergelar student master. Nak buat macam mana, first thing first.

Saya daftar kelas horse ride di UPM dengan pakej pelajar pada bulan Mei lalu. Harganya jauh lebih murah berbanding di luar.

Latihan Asas Menunggang Kuda merangkumi:


  • General horsemanship
  • Saddle Up
  • Basic riding (sitting trot, rising trot, & canter)

Untuk latihan asas ini UPM menawarkan sebanyak 10 sesi, kebiasaannya 1 sesi seminggu. Pada awalnya saya minta nak buat beberapa sesi seminggu sebab nak cepat habis tapi staf UPM yang bertugas mencadangkan saya cuba dulu untuk sesi pertama dan baru buat keputusan.

Dulu ingatkan naik kuda tak penat sebab kuda yang berlari. Rupa-rupanya penat gila, untuk orang yang malas bersenam macam saya ni memang pancit la. Kali terakhir saya ada bersenam sikit masa nak daki Gunung Kinabalu lebih kurang 3 tahun lepas. Selepas sesi pertama, 3 hari saya tak dapat berjalan dengan betul sebab sakit-sakit badan. Penatnya hanya Allah saja yang tahu. Tapi selepas sesi kedua, saya dah ok. Sesi seterusnya saya buat 2 kali seminggu.

Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang asas menunggang kuda pada masa-masa yang akan datang..



with Bull Eye

with my favourite horse Paint

saya baru tau snack untuk kuda adalah carrot

heading tu paddock


Viva Voce - Master of Science

Alhamdulillah.. 

Pada 4hb Disember 2012 yang lalu saya telah lulus final exam saya (viva). Saya perlu menyiapkan pembetulan dalam masa dua bulan.Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..


akhirnya nama tercatat di sini

semangat nak viva

berlatih sebelum examiner datang

tengah cuak

skrip untuk presentation