Tuesday, 17 January 2012

ISSAAS Congress - day 2

Pembentangan kertas kerja secara oral diadakan di Bogor Agricultural University. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam kerana keadaan trafik di Bogor agak sesak.

Keadaan trafik di Bogor

Bas yang kami naiki ada 3-seated. Tak pernah jumpa di Malaysia.

Kesian.. kepenatan agaknya

Pintu gerbang universiti

perkhidmatan motosikal sewa di dalam kampus
dewan universiti yang digunakan untuk lunch dan majlis makan malam


Disebabkan banyak kertas kerja yang dihantar untuk kongres ini, setiap pembentangan dibuat mengikut bidang kajian. Adakalanya saya terpaksa berlari ke bilik seminar yang lain kerana ingin melihat pembentangan kajian yang menarik minat saya tetapi dalam bidang yang berlainan. Alangkah bagusnya kalau dapat mendengar semua pembentangan, tentunya banyak pengetahuan yang baru diperolehi.

The good thing is, saya dapat berkenalan dengan saintis dari negara luar seperti Jepun, Filipina, dan Thailand. Banyak juga ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama.

ISSAAS Congress 2012 akan diadakan di Filipina. Tak tahu la ada rezeki ke tidak untuk ke sana. God's will.


Bersama Dr. Puteri dalam bilik seminar
Antara speaker pada hari tersebut
Muzium serangga
Saya dan Kak Lin

Dari kiri; Nadha (student tempatan), saya, Kak Lin dan Kala ketika majlis perpisahan

Persembahan dari Malaysia (Joget Pahang)







ISSAAS Congress, Bogor, Indonesia

Dah lama tak update blog ni.. Nampaknya kena buat edisi bumper la untuk semua aktiviti : )

Pada 7-10 November 2011 yang lalu saya telah menghadiri satu kongress yang dianjurkan oleh ISSAAS (International Society for Southeast Asian Agricultural Sciences) dan menjadi ahli. Ini adalah kali pertama saya menghadiri kongres antarabangsa seperti ini. Tajuk kongress ini adalah 'A Holistic Approach in Establishing Food Security: Securing Food Supplies to Meet the Future Food Demand of the Increasing Population' dan diadakan di IPB International Convention Center, Bogor, untuk pembentangan poster saintifik dan di Bogor Agricultural University untuk pembentangan oral. Saya hanya membentangkan satu poster saintifik. Sememangnya ini merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk saya.




Poster saya, 'Control Release Urea (CRU) Fertilizers as Source of Nitrogen in BRIS Soils'

 Peserta dari Malaysia, semuanya dari Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia, UPM